Wednesday 6 December 2017

Pulau Pangkor



Kali ini saya ingin menceritakan percutian saya ke Pulau Pangkor bersama sahabat saya. Kami bergerak awal menaiki kereta ke Jeti lumut pada pukul 9.30 pagi. Kami sampai ke Jeti Lumut pada pukul 12 tengah hari. Setelah sampai, saya terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket untuk pergi dan balik ke Pulau Pangkor. Tambang yang dikenakan untuk pergi dan balik adalah Rm10 seorang untuk harga pelajar. Perjalanan dari Jeti Lumut dengan menaiki bot ke Pulau Pangkor mengambil masa selama 30 minit. Setelah sampai ke Jeti Pulau Pangkor, kami perlu menaiki van yang disediakan untuk ke resort yang telah ditempah. Bayaran yang dikenakan apabila menaiki van adalah Rm15 ringgit.

Setelah sampai di Resort, kami terus mengemas barang dan merehatkan diri sebentar kerana penat berjalan. Sampai ke waktu petang, kami terus pergi ke Tasik Pulau Pangkor yang terletak sanggat berdekatan dengan resort. Perjalanan untuk ke Pantai hanya dengan berjalan kaki. Sepanjang perjalanan ke Pantai, terdapat banyak kedai cenderahati yang menjual belbagai jenis cenderahati yang sangat menarik untuk dibeli.

Di tepi pantai, banyak perkara yang bole dilakukan antaranya adalah seperti bermain “banana boat”, mandi, main pasir yang sungguh lembut dan banyak lagi. Ramai orang yang bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga di situ.

Tuesday 5 December 2017

Keindahan Tasik Melati





Pernahkah anda berkunjung ke tasik melati? Pernahkah anda mengetahui tentang apa yang menarik di tasik melati? Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan tentang Tasik Melati. Tasik Melati terletak di 8km dari utara kangar dan mempunyai keluasan seluar 10 hektar. Tasik Melati ini merupakan tasik buatan manusia. Pada asalnya Tasik ini adalah sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi tumbuhan liar. Tasik Melati menjadi pilihan untuk aktiviti readah bersama keluarga pada waktu petang. 

 Sekiranya berkunjung ke tasik ini pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti boleh menaiki bot kayuh, bergambar di titi yang cantik, bermain taman permainan oleh kanak-kanak dan boleh bermain permainan buih sabun. Di Tasik Melati juga, pengunjung boleh membeli atau mencuci mata dengan jualan “car boot” yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Bagi saya dan keluarga, kami suka berkunjung ke Tasik Melati pada hari minggu untuk berehat dan beriadah bersama. Jarak dari rumah saya ke Tasik Melati hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Jadi, tidak menjadi masalah untuk berkunjung ke situ selalu. Saya juga suka ke Tasik Melati untuk berjogging. Di Tasik Melati juga sering menjadi tempat pilihan untuk sesiapa yang hendak berjogging. Dengan keluasa sebanyak 10 hektar mampu membuat anda penat berjongging.


Selain itu, saya juga suka ke taman permainan kanak-kanak yang terdapat di Tasik Melati kerana terdapatnya hiasan batu berbentuk gajah dan rusa. Di situ juga terdapat batu berbentuk seperti gua. Jadi ia membolehkan saya untuk mengambil gambar.

Monday 4 December 2017

Keindahan Gua Kelam








Pernahkah anda tahu tentang keunikan gua kelam. Gua Kelam merupakan salah satu gua batu kapur Formasi Setul yang terletak dalam Banjaran Nakawan di Perlis dan terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit iaitu kira-kira 33 km dari Kangar. Gua Kelam ini memiliki keluasan sebanyak 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.
Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit iaitu sejauh 500 meter. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Terowong tersebut menjadi daya tarikan para pelancong yang hadir. Terdapat juga jambatan gantung yang menjadi laluan pelancong untuk masuk ke dalam gua. Keunikan yang terdapat di dalam gua tersebut ialah Sungai bawah tanah yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa anda melalui gua dan perkara ini adalah fenomena kejadian semulajadi yang wujud sepanjang kewujudan gua ini.
Aktiviti yang sering saya lakukan semasa pergi ke gua kelam semestinya masuk ke dalam gua dan menikmati keindahan gua kelam yang unik. Terdapat batu-batu dan lampu yang cantik sepanjang gua kelam. Apabila keluar dari gua, saya boleh mandi di dalam sungai yang terdapat di situ. Airnya jernih dan sangat sejuk. Pengunjung tidak perlu risau dengan kemudahan yang terdapat di Gua Kelam kerana banyak kemudahan yang sempurna telah disediakan untuk pengunjung.


Sunday 3 December 2017

Taman Ular, Perlis









Pada musim cuti persekolahan, terdapat ramai keluarga ingin meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai destinasi yang menjadi pilihan mengikut minat dan perancangan keluarga. Bagi saya dan keluarga, kami meluangkan masa bersama dengan berkunjung ke Taman Ular. Bagi saya, percutian bersama keluarga tidak semestinya perlu pergi tempat yang jauh tetapi sudah cukup bermakna sekadar dapat pergi tempat untuk bersantai dan yang paling penting dapat meluangkan masa bersama keluarga. Bagi kami sekeluarga, kami tidak mampu untuk pergi ke tempat dan jauh kerana memerlukan bajet yang tinggi dengan ekonomi sekarang jadi kami hanya memilih tempat yang berdekatan. Tetapi ianya sangat bermakna dan membuatkan kami sekeluarga ceria.

Perjalanan ke Taman Ular hanya mengambil masa sebanyak 10 minit. Saya dan keluarga suka ke Taman Ular kerana di situ terdapat banyak haiwan-haiwan yang boleh di lawati. Terdapat banyak spesis ular yang ada situ. Selain itu terdapat juga binatang lain seperti ayam, burung, buaya, rusa, unta, kucing, iguana dan kuda. Pengunjung dapat menaiki kereta kuda dan dapat bermain dengan kuda yang berada di situ. Caj yang dikenakan untuk menaiki kereta kuda hanyalah Rm3 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak. Manakala, tiket untuk masuk ke dalam Taman ular dikenakan sebanyak Rm5 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak.

Di dalam Taman ular juga, pengunjung dapat mengetahui sejarah dan maklumat secara terperinci tentang spesis ular yang terdapat di situ. Pengunjung juga dapat bergambar sepuasnya kerana terdapat juga ruangan yang disediakan untuk bergambar dan boleh mendapatkan gambar yang cantik. Bagi pegunjung yang sukakan akan haiwan sepsis seperti ini, amatlah sesuai dan sangat menarik apabila berkunjung ke Taman Ular.

Friday 1 December 2017

Kellie's Castle



Pernahkah anda berkunjungi tempat bersejarah yang terletak di Ipoh perak yang diberi nama Kellie's Castle? Kellie's Castle atau Istana Kellie's yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith. Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah. Istana Kellie's ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan.

Walaupun Kellie’s Castle merupakan tempat yang bersejarah, tetapi dengan bangunannya yang unik dan seperti bangunan ala-ala enggeris, ia menjadi 1 daya tarikan oleh para pegunjung. Saya dan rakan berkunjung ke situ untuk mendapatkan gambar-gambar dengan sudut yang unik dan cantik. Terdapat ramai juga pengunjung yang berkunjung ke situ untuk mengambil gambar. Pengungjung bebas untuk mengambil gambar seberapa lama yang mahu. Sebelum masuk ke dalam kawasan bangunan Kellie’s Castle, pengunjung akan dipanggil untuk di ambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.


Saya dan rakan berpeluang untuk melawati setiap sudut di bangunan Kellie’s Castle. Di setiap sudut, terdapat sejarahnya yang tersendiri. Penggungjung boleh membaca maklumat tentang Kellie’s Castle yang disediakan di setiap ruang bangunan tersebut.





Pulau Pangkor

Kali ini saya ingin menceritakan percutian saya ke Pulau Pangkor bersama sahabat saya. Kami bergerak awal menaiki kereta ke Jeti lu...